Monday, 28 February 2011
Pesanan Buat Pelajar
Salam.
Minggu depan bermulalah perjuangan pertama iaitu Ujian 1 bagi sesi 2011. Di sini cikgu ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Berjuang dan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar tingkatan 1 dan 2. Cikgu doakan semuanya dalam keadaan tenang seterusnya berjaya menjawab soalan dengan baik. Sedikit pesanan kepada semua calon:
A. Kertas Ujian Matematik (1 jam 30 minit)
1. Bahagikanlah masa dengan sebaik-baiknya

- Jangan habiskan masa lebih daripada 2 minit untuk setiap soalan. Sekiranya berlaku demikian, cepat-cepatlah beralih kepada soalan seterusnya kerana ada di antara soalan-soalan berikutnya dapat diselesaikan tidak sampai pun 10 atau 20 saat. Maka dengan itu, dapatlah kita menjimatkan masa untuk kembali semula kepada soalan yang tidak dapat dijawab tadi.
2. Peralatan
- Kalkulator saintifik - dinasihatkan guna model 350 atau 570 seperti kebiasaannya (Pelajar tingkatan 2 tidak dibenarkan).
- Pensil dan pemadam yang secukupnya dan dalam keadaan sempurna.
3. Pastikan semua soalan telah dijawab (bertanda) .
- Elakkan tabiat meninggalkan soalan tidak bertanda
- Sekiranya masa telah tamat dan masih ada soalan yang belum ditanda. Lengkapkan sahaja jawapan bagi kesemua soalan tersebut dan bertawakallah.
4. Berusaha untuk menjawab semua soalan
- Elakkan tabiat meninggalkan ruangan jawapan kosong tidak berjawab.
- Nasihat terakhir cikgu, jawablah apa sahaja yang termampu sebagai ikhtiar terakhir kita. Tulislah apa sahaja di ruangan jawapan selagi mana ianya relevan dengan soalan yang dikemukakan. Janganlah ditinggalkan kosong begitu sahaja ruangan jawapan yang disediakan. Ini bukan ujian biasa. Mana tahu apa yang kita usahakan menulis itu dapat membantu memberi sedikit markah kepada kita untuk berjaya dalam subjek ini. Wallahua'lam.
Semoga, panduan yang cikgu berikan ini dapat sedikit sebanyak membantu para pelajar dalam menghadapi ujian Matematik esok. Semoga Berjaya semua! Yakin boleh Lulus! Yakin Dapat A!
Wassalam.
Subscribe to:
Comments (Atom)